成和御流 トップページへ
 →家元の詞
 Welcome to Seiwagoryu
  Selamat Datang ke Seiwagoryu Welcome to Seiwagoryu

 
成和御流へようこそ
Selamat Datang ke Seiwagoryu

Ucapan pengetua

Terpikat dengan sekuntum bunga, sepohon pokok…

Kehidupan bunga tidak panjang, bersinar sebentar dan kemudian gugur. Sambil mengagumi kilauan sementara itu, kami akan mempamerkan setiap keindahannya menerusi pasu dan menciptakan ruang santai dengan udara segar.

Di Seiwagoryu, sambil menghargai warisan sejarah bunga tradisional yang diusahakan sejak 450 tahun yang lalu, dan mengingati perasaan ‘menghasilkan karya dengan minat yang tidak terungkap’, kami menghasilkan ‘ikebana’ (gubahan bunga) yang sesuai dengan kehidupan semasa.

Tambahan lagi, dalam gaya gubahan bunga ‘Imperial Flower Arrangement’ yang sering digunakan sebagai hiasan ini, ia mempunyai dasar kerja asas yang kukuh dan apa pun jenis bekas dapat dibentuk menjadi pasu bunga secara bebas dan cantik.

“Hidup lebih dekat, lebih indah,
lebih seronok bersama bunga.”
Itulah harapan kami.

_________________________________________

創流
Warisan Sejarah

Bunga rahsia yang hanya dipersembahkan kepada maharaja itu mula dibenarkan untuk digunakan oleh orang ramai semasa zaman Azuchi-Momoyama (450 tahun yang lalu).

Pada tahun Showa-29, tradisi gubahan bunga diturunkan kepada Hokuryo Daigyoman, dan kemudian Ajyari (sami budha/hindu) menurunkannya kepada pengasas Kyurakusai Tokuho (Inoue Tokuho), yang kemudiannya diwariskan kepada pengasas Kyubisai Mitsuho (Oshima Mitsuho).

Setelah mengambil alih warisan gubahan bunga itu, berlandaskan kata-kata sami budha iaitu “menghargai keharmonian”, beliau mendirikan Seiwagoryu.

Pada tahun pertama Reiwa, Kyugasai Yukiho (Oshima Yukiho) mengambil alih nama Kyubisai dan mewarisi Iemoto.

_________________________________________
花型
Jenis bentuk gubahan bunga


・お生花 (Oseika)

Bentuk bunga ini ialah gabungan antara langit, bumi dan manusia dan melambangkan keharmonian tenaga Yin dan Yang.
Langit adalah ranting yang paling tinggi dan dikenali sebagai ‘Tai (体)’. Bumi adalah ranting yang paling rendah dandikenali sebagai ‘Tome (留)’. Manusia adalah ranting yang berada ditengah dan dikenali sebagai ‘Yo (用)’.

Pada asalnya, hanya sebatang pokok, ranting dan sekuntum bunga digunakan untuk menggambarkan kebenaran dan kepalsuan yang dibahagi sama rata.

Ianya sebuah gubahan yang mempunyai asas yang kukuh dan melambangkan kesaksamaan.



・盛り花 (Moribana)

Seperti namanya, ia berkembang (mori/moru).
Oleh kerana pelbagai jenis bunga boleh digunakan untuk membentuk sudut, gubahan bunga ini boleh dibentuk hanya dengan menggabungkan bunga yang pendek dan bilangan ranting yang sikit.

Ianya boleh digubah secara bebas.
Sering digunakan untuk pasu bunga yang rendah atau pot bunga.



・投入れ(Nageire)

Seperti namanya, bunga yang dilemparkan ke dalam (nageire).
Bahan bunga-bungaan dicucuk ke kenzan.
Pelbangai jenis bunga boleh digunakan dan sering diletakkan ke dalam pasu bunga yang tinggi .



・自由花 (Jiyuhana)

Bentuk bunga ini tiada asas atau peraturan yang tetap dan boleh digubah secara bebas.
Ia sebuah karya ‘objet d’art’ dan ruang dapat digunakan secara bebas.

Pasu bunga juga tidak ditetapkan dan pelbagai jenis bunga dan bahan boleh digunakan.
————————————————————————
いけばなのルーツ
Asal-usul Ikebana

Pada zaman dahulu , apabila orang Jepun melihat gunung-ganang yang malar dengan pokok dan daun hijau sepanjang tahun, mereka merasakan keabadian hidup. Melihat pokok-pokok yang kelihatan seperti telah layu tetapi kembali hidup, mereka sedar akan kewujudan ‘Kami’ (Tuhan) dan mula menyembah pokok. Kepercaayan yang dikenali sebagai ‘Yorishiro’ ini mempercayaai bahawa wujudunya roh ‘Kami’ dalam sesuatu benda.

Bahkan sekarang, pokok Sakaki sering digunakan untuk upacara penyembahan atau upacara suci di Jepun, seperti membina banggunan suci yang baru atau upacara tahun baru. Di atas pentas Noh (persembahan tradisi Jepun) juga pokok Pinus dilukis melambangkan Yorishiro.

Dengan ini kita dapat lihat bahawa orang Jepun, sambil mereka hidup dengan alam semulajadi musim demi musim, mereka juga mempunyai hubungan akrab dengan pokok bunga
dan bukan menganggap bahawa ianya hanya sebagai sebuah estetik. Tetapi, mereka juga mempercayai kewujudan roh darinya, walaupun daripada sebatang ranting. Dengan bertemu bunga, melihat dan bercerita tentang keindahannya, bunga menjadi lebih daripada sekadar bunga.

Pada abad ke-6, ketika agama dan budaya Budha mula datang ke Jepun daripada Tanah Besar, budaya mempersembahkan bunga ketika pemujaan Hotoke (Tuhan Budha) mula menjadi sebahagain daripada budaya di Jepun.

Di Jepun, bunga mula dijadikan sebagai hiasan tanpa unsur penyembahan Kami atau Hotoke untuk pertama kali adalah pada abad ke-9 (zaman Heian). Ini dapat dilihat daripada ungakapan “menghias bunga (hana wo sasu)” di dalam antologi sajak Jepun ‘Kokin Wakashuu’, iaitu kira-kira 1100 tahun yang lalu.

Selepas itu, dalam karya ‘Makura no Soushi’, terdapat ungkapan “Letakkan pasu bunga biru di susur tangan dan masukkan kedalamnya 5 batang ranting sakura”.

Daripada ungkapan ‘menghias bunga (hana wo sasu)’ itu, ikebana mula dipanggil sebagai ‘Souka (挿花)’. Selepas itu, perkataan hidup (ikeru) mula digunakan dan gubahan bunga dikenali sebagai ‘ikebana’ yang bermaksud bunga yang hidup. Pelbagai tulisan kanji digunakan bagi perkataan ‘ikeru’ seperti ‘挿ける’、’生ける’、’活ける’. Tetapi sekarang, ditulis menggunakan tulisan hiragana iaitu ’いけばな’.

Selepas itu, gubahan bunga ‘Hanagane’ mula direka dan ianya menjadi lebih sistematik. Malah, daripada pengaruh ideologi kuno Cina, teori komposisi bunga diciptakan dan terlahirnnya gubahan bunga Jepun yang dipanggil ‘Kadou’.

Dalam ‘Kadou Roku’ (warisan rekod Kadou) terdapat tulisan, “Walaupun anda memindahkan rupa gunung dan ladang kedalam sebuah pasu, lima elemen Yin-Yang secara semulajadi akan menjadi sejajar dan keanggunannya berubah. Ini adalah rahsia yang menjadikannya sebuah hobi yang tidak terungkap.”.

Dengan ini kita dapat lihat bagaimana ‘ikebana’ terlahir di Jepun dan kewujudan pelbagai gaya dan sekolah ikebana. Seiring dengan zaman, ianya sentiasa berubah untuk memenuhi keperlaun dan mengikut kesesuaian zaman itu dan ikebana menjadi lebih besar dalam dunia seni.

Pada zaman ini, ‘ikebana’ telah tersebar luas di seluruh dunia dan menjadi bahasa universal. Ramai yang memainkan peranan aktif sebagai guru ‘ikebana’ dari pelbagai negara.


————————————————————————
教室のご案内
Maklumat Kelas

Maklumat mengenai kelas Seiwagoryu

Bagi pelajar baru kami akan mengajar secara teliti dengan cara yang mudah difahami.
Bagi pelajar yang ingin menjadi profesional, kami akan mengajar secara terperinci.

Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.

・ Iemoto Kyojo (Kelas Anjuran Iemoto)

Alamat: Fukuoka-ken, Kasuyagun Shingumachi, Mishironishi 1-6-1

TEL/FAX: 092-963-3857 

● Kelas Ikebana
Rabu: Kursus sebulan 3 kali (Atau sebulan 1 , 2 kali)

Khamis: Kursus sebulan 3 kali (Atau sebulan 1 , 2 kali)
Sabtu: Kursus sebulan 3 kali (Atau sebulan 1 , 2 kali)

● Ikebana / Gubahan (Imperial Flower Arrangement)
Kursus sebulan 2 kali

● Kelas Flower Arrangement
Sebulan 1 kali~ (Boleh juga belajar tentang Imperial Flower Arrangement)

※Sila hubungi kami untuk bincangkan masa

Untuk bayaran bulanan, bahan bunga, dan pertanyaan lain, sila hubungi kami melalui faks atau telefon


・Sopia Shingu
Alamat: Persatuan Budaya Shingumachi (Shingumachi Bunka Kyoukai)

TEL: 0902-963-3805

● Seiwagoryu Ohana Juku (Hubungi kami untuk maklumat lanjut)
Peserta: Dibuka kepada kanak-kanak dan orang dewasa
Aktiviti: Ikebana, Gubahan, Kelas Teh


・Kelas Tenjin I-Culture (Kelas Anjuran Iemoto)
Alamat: Fukuoka-shi, Chuo-ku, Tenjin 4-3-20 North Tenjin Tingkat 8

TEL: 092-721-3200

Selasa ke-3 , Dari 3:30 petang (Hubungi kami untuk maklumat lanjut)


・Kelab Gubahan Bunga Universiti Wanita Fukuoka (Kelas Anjuran Iemoto)



*Selain tempat diatas, kelas Seiwagoryu juga berada di pelbagai tempat lain.
Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.


Maklumat hubungan
Seiwagoryu: Iemoto, Oshima Yukiho

Alamat: 〒 800-0125 Fukuoka-ken, Kasuyagun Shingumachi, Mishironishi 1-6-1

TEL/FAX: 092-963-3857

—————————————————————————

体験教室のご案内
Maklumat kelas percubaan

Maklumat mengenai kelas percubaan

・Percubaan percuma (1 kali)
Yuran kelas percuma.
Jenis kelas percubaan: Ikebana, Gubahan bunga (Flower Arrange), Teh.
Kos bahan bunga ditanggung sendiri (Tempahan 2 hari sebelum)

Iemoto Kyojo
Alamat: Fukuoka-ken, Kasuyagun Shingumachi, Mishironishi 1-6-1
TEL/FAX 092-963-3857

Kelas Tenjin i-culture
Fukuoka-ken, Chuo-ku, Tenjin 4-3-20 North Tenjin Tingkat 8
TEL 092-721-3200

Kelas Sopia Shingu
Dalam Persatuan Budaya Shingu-machi
TEL 092-963-3805

Pertanyaan lanjut, sila hubungi melalui faks atau telefon

Maklumat hubungan
Seiwagoryu: Iemoto, Oshima Yukiho

Alamat: 〒 800-0125 Fukuoka-ken, Kasuyagun Shingumachi, Mishironishi 1-6-1

TEL/FAX: 092-963-3857
 
 
   ↑page top
 




Copyright 2009.2  Seiwagoryu All right reserved.